Isnin, 16 Mac 2009

rezeki yang datang mencurah-curah

seminggu ini saja cerita nik madihah akan terus menjadi bualan di kalangan guru-guru untuk memotivasikan pelajar-pelajarnya, begitu juga pihak media yang masing-masing berusaha untuk melariskan surat khabar mereka. Namun di suatu sudut hati saya, kenapa masa ini baru mereka membuka mata untuk memperbaiki kehidupan nik madihah. adakah ada udang di sebalik mee? entahlah.....
tawaran yang datang memanglah bagus, baik dan sebagai rezeki terpijak. biarlah madihah tentukan apa yang di minati. ingatlah aqidah juga penting. kalau suasana tempat belajar itu kondusif bagi kita, maka kita pun akan rasa tenang belajar di sana. pentingkan lah agama dahulu. dugaan demi dugaan akan di terima maka mohonlah kepada allah moga kita ditetapkan iman dengan ujian rezeki yang melimpah ruah.
Madihah yang selalu mengamalkan puasa sunat pada ketika susahnya hidup. nanti di waktu senang juga jangan di lupakan amalan sunat yang telah biasa di lakukan. Ini lah perkara yang mengajar kita erti kehidupan yang penuh pancaroba. belum lagi pergi ke london dah banyak dugaan. Hati-hatilah madihah dalam menempuh hidupmu .

Ahad, 15 Mac 2009

Permasalahan anak-anak remaja .


Antara perkara yang menjadi permasalahan negara adalah di kalangan remaja-remaja muslim hari ini. Perlu kita ingat mereka ini adalah aset-aset negara yang akan menerajui kepimpinan negara. Berikut di nyatakan antara perkara yang menjadi penghalan kefahaman Islam dan keteguhan Iman dalam diri anak-anak :

1. perbuatan ibu bapa meremehkan , melengahkan atau meninggalkan pengabdian kepada allah

2. ibu -ibu tidak menjadi contoh dan teladan yang baik contohnya ada yang tidak menutup aurat,

3. ibu bapa juga tidak menghiraukan apa yang haram dan apa yang halal, alquraan hanya menjadi hiasan dalam almari

4. sikap bapa yang hanya melepaskan tugasan mendidik hanya kepada ibu sahaja.


ayuhlah sekalian remaja dan muslim yang lain LET US WALK WITH ALQURAAN.

kecemerlangan

suatu anugerah allah yang tidak ternilai adalah iman dan islam. satu keajaiban boleh berlaku pada diri bila allah memberi rezeki kepada kita. lihat shj nik madihah, bagaimana allah kurniakan kecemerlangan pada dirinya dan bagaimana allah telah memberi ruang jalan yang mudah . maka di sinilah kita perlu ingat bila datangnya senang kepada kita, ini juga adalah suatu ujian . hati-hati lah nik madihah dalam menjalani lurah kehidupan kejayaan mu . Sentiasa lah ingat akan ajaran rasullulah dan perintah allah. sentiasalah berjalan di atas landasan yang benar. semoga dirimu berjaya di dunia dan akhirat.